Kontroversi Tokoh Sufi

Semasa cuti hujung minggu sempat menyelak beberapa bahan bacaan yang memuatkan perbincangan mengenai sufi – pengenalan, definisi dan juga senarai beberapa tokoh mereka. Pembacaan dimulai dari buku Mereka Menoda Islam yang meletakkan aliran sufi (Mysticsm) sebagai satu dari elemen Islam yang pernah diresapi oleh pemikiran luar seperti Yahudi, Kristian, Parsi, Israiliyat, dan Hindu. Harus diingat buku tersebut sebenarnya cuba mengetengahkan peranan Yahudi dalam merosak Islam. 

Menoda Islam 

Buku Mereka Menoda Islam

Antara tokoh sufi yang kontroversi (bukan semestinya bermakna  mereka itu merosak Islam) yang disebutkan adalah Hasan al-Basri (642-728M), Ibrahim Adham (w.777M), Rabi’ah al-Adawiyah (w.801M), Bisyr al-Hafi (w.841M), Abu Yazid al-Bushtami (874-947M), Abu Mansur al-Hallaj (858-922M), dan Ibnu Arabi (1165-1240M). Nama-nama tersebut disenaraikan atas beberapa faktor seperti tokoh awal sufi (Hasan, Ibrahim, Rabi’ah dan Bisyr). Ada juga tokoh sufi yang dihukum bunuh (seperti al-Hallaj). Ibnu Arabi pula dinukil kerana kontroversi wahdatul wujud, fahaman pantheism, wahdatul adyan dan juga pluralisma agama.

Sunggoh pun begitu pada setiap tokoh sufi tersebut ada banyak perbincangan yang perlu kita baca, teliti dan fahami. Pastinya banyak bacaan yang perlu digali untuk memahami apa sebenarnya yang dinyatakan oleh tokoh sufi berkenaan, pandangan para penyokong mereka dan juga pandangan yang menentang mereka. Namun agak sukar kita mengkajinya bersendiri oleh itu perlu ada ustaz yang membimbing. Namun disurau dan masjid jarang ada ustaz yang sanggup membincang hal-hal sebegitu. Banyaknya hanya terkongkong terus-terusan membicara hal solat, wuduk, puasa, haji. Kepada para ustaz luaskanlah topik pengajian Islam di surau dan masjid!

masjid penarik 8x80

Masjid Kg Penarik, Besut T’ganu

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: