Buku kedua yang turut memuatkan sedikit perbincangan mengenai Sufi adalah Ensiklopedia Agama & Mazhab Moden. Sufi dikatakan satu mazhab dan dibincangkan dalam sebuah entri di buku tersebut. Menurut pengarang buku perkataan sufi berasal dari beberapa versi. Ada yang mengatakan sufi berasal dari perkataan sufah iaitu gelaran kepada seorang yang bernama al-Gauth bin Mur hidup pada zaman jahiliah. Pendapat ini dipetik dari seorang tokoh sufi Ibnu Jauzi al-Baghdadi (w.597). Pendapat lain dipetik dari Al-Bairuni yang mengatakan sufi berasal dari perkataan Yunani “sufiya” bererti hikmah. Ada juga yang mengklaim bahawa sufi berasal dari “siffah” iaitu nama sebuah masjid Rasulullah SAW. Selain itu ada pula yang menyebut sufi datang dari “sofa” atau al-sof al-awwal bermaksud baris pertama. Namun yang paling masyur adalah sufi dikatakan dari “sof” atau benang bulu iaitu pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi.
Ensiklopedia Agama & Mazhab Moden
Ramai lagi nama tokoh yang menulis mengenai asal-usul sufi. Antaranya adalah Abu Sa’id al-Kharraji; Abu Muhammad al-Jariri (w.311H); Abu Bakar al-Kattani (w.322H); Ja’afar al-Khalidi (w.348H); dan Basyar bin al-Harith.
Sementara itu nama tokoh sufi yang disebut dalam buku tersebut adalah Rabi’ah Adawiyah; Ibrahim bin Adham; Sufyan al-Thaury (97-161H); Zu Nun al-Misri (w.245H); Abu al-Qasim al-Junaidi (w.297H); Abu Yazid al-Bustomi (w.234 atau 261H); Abu Mughith al-Husin bin Mansur al-Hallaj (244-309H); Abu Hamid al-Ghazali atau Imam Ghazali (450-505H); Abu al-Futuh Syihabuddin al-Syahruwardi (549-587H); Muhyiddin bi Arabi atau al-Arabi (560-638H); Abu Hassan al-Syazili (593-656H);.
Turut disenaraikan adalah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (470-561H); Ahmad Rifa’i (w.580H); Ahmad Badawi (596-634H); Ibrahim al-Dasuqi (633-676H); empat tokoh ini digelar al-Aqtab empat (kenapa ?); Jalaludin al-Rumi (w.672H); Syeikh Naqsabandi (618-791H); Riniah Gino (ejaan sebenar ialah Rene Guenon 1886-1951) ahli falsafah Perancis yang memeluk Islam dengan nama Abdul Wahid Yahya.
Rene Guenon (foto tahun 1925) – sumber wikipedia
Surau Abdul Rahman Limbong, Bandar Chukai T’ganu
– – – – –
Leave a Reply