Sufi dan penyelewangan akidah

Penyelewengan akidah merupakan satu lagi tajuk penting yang biasa dibincang dalam perbincangan mengenai Sufi dan Tarikat. Seterusnya, perbincangan tentang penyelewangan akidah meliputi beberapa topik lain seperti ajaran sesat khususnya dalam konteks setempat. 

Ada sebuah buku yang amat bertepatan membincangkan dua perkara tersebut iaitu buku “Tokoh Sufi dan Peyelewangan Akidah” tulisan Profesor Zakaria Stapa. Buku tersebut terbitan tahun 1998 telah lama berada di pasaran dengan harga jualan cuma Rm9-90. Sunggoh pun telah lama dibeli (pada Mac ’98) namun baru kini tergerak untuk dibaca (selepas  terperap selama 11 tahun !).

Zakaria Stapa

Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah

– – – – –

Prof Zakaria mengetengahkan empat  tokoh sufi yang dibincangkan iaitu Al-Junayd al-Baghdadi, Al-Imam al-Qushayri, Imam Al-Ghazali dan Ibnu Arabi. Bukan pula bermakna empat tokoh Sufi berkenaan menyebar penyelewangan. Aspek penyelewangan dimuat dalam bab akhir dan cuma disentuh secara umum tanpa menamakan kumpulan sufi yang dianggap menyeleweng.

Banyak lagi buku lain yang turut membincang mengenai topik Sufi, Tarikat, Tasawwuf, akidah yang tertolak dan yang sama makna . Antaranya tiga buku berikut iaitu – Sejarah Hitam Tasawwuf (Latar belakang kesesatan kaum sufi); Allah antara Tasawuf dengan akidah (oleh Prof Abdul Fatah Haron) dan Ajaran Sesat – sejarah kemunculan dan cirinya. 

Tiga buku

Berapa tahun pulak untuk menghabiskan baca tiga buku ini?

– – – – – 

2 Responses to “Sufi dan penyelewangan akidah”

  1. kamaruzaman bin ahmad Says:

    Di dalam Al Quran hanya ada ayat dan makna (marhum) sedangkan maksudnya(Maudhud) ada didalam Al Furqan. Kalau kita tidak tahu apa itu Al Furqan, janganlah kita memandai-mandai mengupas sesuatu yg diluar pengetahuan kita kelak iblislah jadinya.

  2. kamaruzaman bin ahmad Says:

    Soalan untuk kita mengetahui samada benar @ tidak aqidah kita.

    Bila kita sudah meninggalkan dunia ini, bagaimana hendak kita berjumpa dengan Tuhan yang “Laisakamislihishaiunwahuwassamiumbasir”?
    Bagaimana mahu menemui Tuhan yang bersalah-salahan dgn apa yang kamu boleh fikir?
    Tanya bijak pandai-bijak pandai ini kalau-kalau mereka ada jawapan. Kalau tidak, suruh mereka perbetul agama mereka dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: