Television Tertua

Salah satu kalendar yang disambut oleh PBB pada bulan November adalah Hari Television Sedunia (World Television Day – WTD) iaitu pada 21 November setiap tahun. Ia mula diperkenal pada tahun 1998 dengan matlamat memberi pengiktirafan peranan television sebagai media menyalur maklumat kepada warga dunia.

Sayangnya kalau diperhalusi television kini peranannya telah jauh menyimpang. Dari sudut politik ia digunakan sebagai media menyebar propaganda pemerintah lebih-lebih lagi di negara yang tidak mengamal demokrasi tulin. Selain itu TV komersial pula lebih ghairah kepada rancangan hiburan, menganjurkan rancangan temu-bual bersama artis dan selebriti yang tidak berfaedah, rancangan berunsur lawak jenaka bodoh dan tidak kurang juga rancangan realiti yang menghabis masa.

Namun dalam semangat menyambut WTD berikut dimuatkan beberapa maklumat mengenai television di zaman awal penciptaannya. Di UK telah dilaporkan sebuah television paling tua ditemui masih berfungsi. TV berkenaan Marconiphone 702 ciptaan tahun 1936. Penemuan TV tersebut berikutan satu peraduan mencari TV tertua yang dilancarkan atas nama pencipta TV Baird.

Marconiphone702

Marconiphone 702 masih berfungsi ditemui di utara London

tv tua

Pemilik Marconiphone bersama Iain Logie Baird (cucu John Baird – pencipta TV) – sumber dailymail

Baca artikel mengenai History of  Television di wikipedia; juga di earlytelevision; dan tvhistory

1928GEDiskTV

TV GE Scanning Desk tahun 1928 (sumber – tvhistory)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: