Nama-nama syaitan

Jarang kita membaca buku mengenai syaitan sekali pun banyak buku ditulis khusus tentang syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya. Maka mungkin ramai yang tak mengetahui syaitan juga punya nama. Syaitan merupakan anak-pinak keturunan iblis. Mereka ada tujuh keturunan (anak) dengan setiap satunya ada nama masing-masing dan juga tugas jahat yang berbeza. Berikut disenaraikan beberapa nama syaitan dipetik dari sebuah artikel yang dibaca dari akhbar Harakah. 

1. Tsabr – tugasnya menggoda manusia berbuat maksiat ketika sedang dalam kesusahan dan kesedihan. Maka mana yang tergoda akan minum arak, dadah, berjudi dan hingga yang membunuh diri.

2. A’war – menghasut manusia kepada zina.

3. Miswath – menyampai berita dusta dan menipu yang menimbulkan kemarahan dan fitnah.

4. Dasim – menyebar sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan bermusuh (terutama dalam rumah-tangga).

5. Zaknabur – menyebar sikap buruk dalam ekonomi (menggalak riba, tamak dsb).

6. Khanzab – menghalang dari bersolat dan mencari jalan mengganggu kesempurnaan solat.

7. Walhan – mengganggu wuduk dan menggalak manusia membazir ketika mengguna sesuatu.

Akhbar Harakah bukan sekadar menyiar berita politik Pas malah ada juga ilmu yang dapat diselami !

Ruang solat Masjid Kg Penarik, Besut

– – – – – 

Nota: Artikel yang hampir sama boleh di baca di sini (muassasah) yang menyenarai enam nama dieja sebagai Thibr, Mabsut, Dasim, Zalanbur, dan Khinzab (sumber asal dari Dr Amran Kasimin, 2004).

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: