Orientalis Gerbert de Oraliac

Catatan dari beberapa bahan bacaan menyebut bahawa ahli orientalis paling awal adalah Gerbert de Oraliac (juga dieja Gerbert d’Aurillac). Nama beliau disebut dalam buku Orientalis & Diabolime Pemikiran. Gerbert (938? 946?-1003M) atau dikenali juga sebagai Pope Sylvester II merupakan Pope dari Peranchis (atau ada yang menyebut sebagai Venesia) yang bermusafir ke Andalusia. Di sana beliau belajar bahasa Arab dan juga ilmu mengenai budaya Arab. Beliau turut mempelajari ilmu pengetahuan Islam yang sangat dominan termasuk mekanik, geometri dan astronomi. Beliau juga turut mendalami ilmu falsafah, kimia dan kedoktoran atau perubatan.

Pengembaraan beliau ke Andalus untuk mendalami ilmu Islam adalah atas arahan tempat kerahiban beliau iaitu Biara Saint Gerault di Oraliac. Selepas belajar di Andalus beliau pergi ke Rom menubuhkan sekolah pengajian bahasa Arab. Di sana beliau aktif menterjemahkan segala buku Arab yang beliau pelajari mengenai matematik, kimia, falak dan sebagainya ke bahasa Latin.

Gerbert d’Aurillac (sumber – historyofscience)

Catatan mengenai Gerbert juga terdapat di sini – dunyafana, syahiran, darulkautsar, dan wikipedia. Sebuah ensiklopedia lengkap mengenai pemikiran turut memuatkan artikel mengenai Gerbert boleh baca di sini – tamanilmu( fail pdf).

Masjid Daerah, Taiping

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: