Sambutan Kalendar Muharam

Ketibaan takwim baru Hijrah akan disambut menjelang beberapa hari lagi. Maal Hijrah 1431 jatuh pada Jumaat 18 Disember 2009. Ada sebuah artikel menarik mengenai sejarah takwim Hijrah dan awal Muharam di tulis di tasek pauh. Artikel tersebut memperinci tarikh sebenar berkaitan Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Baginda mula meninggalkan rumah keluar dari Mekah pada 27 Safar (bersamaan 12 atau 13 Sep 622M). Baginda bersembunyi dalam gua selama tiga malam. Selepas itu barulah Baginda beredar dari gua tersebut ke Madinah iaitu pada tarikh 1 Rabiul Awal (bersamaan 16 Sept 622M). Baginda sampai di Quba pada 8 Rabiul Awal (bersamaan 23 Sep 622M iaitu selepas seminggu perjalanan. Setelah berada di Quba selama empat hari barulah Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Baginda tiba di Madinah pada Jumaat 12 Rabiul Awal.

Sebuah artikel oleh Jais pula menyebut bahawa Baginda SAW sampai ke Quba pada 20 September 622M bersamaan dengan 8 Rabiul Awal. Jika diteliti tarikh ini maka didapati 1 Muharram 0001H jatuh pada 6 Julai 622M (Jumaat).

Masjid Daerah – Pekan Tanah Merah
 – – – – –

Satu lagi hari kebesaran takwim Islam pada bulan Muharam adalah Hari Asyura pada 10 Muharram. Menurut sebuah artikel (rujuk rmartz dan elitha-eri) ada banyak perkara berlaku pada tarikh 10 Muharam. Setakat mana betulnya hal tersebut bertanyalah kepada para ulama dan para ustaz. Peritiwa tersebut disenaraikan seperti berikut;

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: