Kenali Uthman bin Madh’un

Sejarah awal Islam mencatatkan bahawa penduduk Mekah yang awal menerima Islam menghadapi ancaman berat dari puak Quraisy. Tentangan tersebut menyebabkan ada yang terpaksa lari keluar dari Mekah dan memohon perlindungan pemimpin Habsyah. Uthman bin Madh’un merupakan salah seorang mengambil keputusan berhijrah ke Habsyah. Beliau memimpin kumpulan pertama ke Habsyah. Langkah Uthman kemudiannya diikuti pula oleh kumpulan kedua seramai 83 orang. Kumpulan kedua adalah di bawah pimpinan bapa saudara Nabi – Jaafar bin Abdul Mutalib.

Sebuah artikel (sumber at-tafkeer – fail pdf) menyebut bahawa Uthman ibn Madh’un sebagai orang ke-14 menerima Islam. Artikel tersebut berjudul “Uthman Ibn Madh’un: A ‘monk’ whose hermitage was life”. Sebuah artikel lain pula menyebut bahawa Uthman Ibn Madh’un merupakan sahabat yang pertama di kebumikan di perkuburan Baqi’ (baca di sini – sejarah Baqi’). Beliau gugur syahid dalam perang Uhud. Sebuah artikel (baca di sini) menyebut bahawa ada hadith Nabi SAW mengenai Baginda menitis air mata ketika pengkebumian Uthman (artikel tersebut mengeja namanya sebagai Uthman Ibn Madh’um). Artikel yang lain (baca di sini – xizhan88) menyebut bahawa asbabul nuzul ayat 87 Surah al-Maidah yang dikaitkan dengan Uthman ibn Madh’un. Ayat tersebut berurutan dari cadangan Uthman untuk hidup membujang dan berkebiri.

Masjid Al-Syuhada, Kem Terendak

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: