Statistik Penduduk Tanah Melayu

Ahli akademik Cheah Boon Kheng dari USM telah menulis sebuah buku sejarah berjudul “Red Star Over Malaya”. Buku tersebut mencatatkan peristiwa yang berlaku ketika perjuangan menentang fasis Jepun dan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1942-45. Buku berkenaan adalah olahan semula tesis kedoktoran Dr Cheah di Australian National University dan diterbitkan pada tahun 1987.

Dr Cheah turut memuatkan statistik mengenai penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Apa yang menarik untuk dikongsi adalah jumlah penduduk Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu adalah sama ramai. Malah lebih tepatnya bilangan bukan Melayu (orang China dan India) adalah lebih sedikit daripada jumlah penduduk Melayu berdasarkan statistik tahun 1921, 1931 dan 1947. Secara lengkapnya berikut diturunkan statistik yang dipetik dari buku tulisan Dr Cheah;

1921: penduduk Melayu – 1,623,014 (48.8%) ; China – 1,171,740 dan India -471,514 

1931: penduduk Melayu – 1,930,044 (44%) ; China – 1,704,452 dan India – 621,847

1947: penduduk Melayu – 2,543,569 (43.5%);  China – 2,614,667 dan India – 599,616

Statistik tersebut menunjukkan satu kesan ketara hubungan kaum yang berpunca daripada dasar penjajah Inggeris membawa masuk buruh asing dari China dan India.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: