Tesis Pendudukan Jepun

Entri ini dan beberapa entri terkemudian ditumpukan kepada cebisan sejarah yang berlaku di Malaya ketika zaman pendudukan Jepun. Apa istimewanya mencari bahan sejarah tersebut. Ia sudah lama berlalu dan sejarah bukanlah topik yang menarik minat terutama kepada generasi muda. Ada dua sebab yang mencetus minat untuk melihat perkara ini. Pertamanya adalah polemik berkaitan usaha Chin Peng untuk memohon dibenar pulang. Beliau merupakan tokoh yang banyak terlibat dengan sejarah pada zaman pendudukan Jepun, zaman darurat  menentang British dan zaman memperjuang untuk kemerdekaan.

Faktor kedua – pendudukan Jepun sudah berlalu lebih 60 tahun lalu. Golongan yang melalui zaman tersebut kini adalah warga tua yang usia mereka sudah melebih 80 tahun. Maknanya orang yang boleh menceritakan mengenai zaman Jepun sudah tidak ramai. Namun hal yang demikian tidak menjadi halangan besar kerana bahan bacaan mengenai pendudukan Jepun terlalu banyak. Ramai ahli sejarah sama ada tempatan mahu pun luar negara terutamanya dari British yang telah menulis catatan lengkap mengenai zaman tersebut.

Satu lagi sumber yang boleh menjadi rujukan adalah tesis yang ditulis di ipta dalam negara dan juga luar negara. Berikut adalah beberapa contoh tesis yang dimaksudkan;

1. From periphery to centre: Shaping the history of the Central Peninsula. Tesis PhD ditulis oleh Philip King, University of Wollongong tahun 2006. Bab 8 tesis tersebut membincangkan mengenai A Development Interregnum, 1945-1989.

2. A matter of confidence: Propaganda of word and deed in the Malayan Emergency, June 1948-December 1958. Tesis kedoktoran oleh Kumar Ramakrishna di University of London tahun 1999.

3. British policy and the communist insurrection in Malaya 1946-1957: The success of the British struggle against the first communist threat after the second world war. Tesis MA (Contemporary International Studies) oleh Zulhilmi Paidi di Hull University, 1996. (link – eprintuum)

4. The outcome of the radical-conservative conflict in modern Malay politics: The Malayan Union crisis and the triumph of conservatism 1942-48. Tesis MA  (History) oleh Gazaly A Malek, Concordia University 1994. Baca Bab3 yang membincang mengenai The challenge of the radicals: Japanese occupation of Malaya and the rise of the KMM 1941-45.

Baca juga buku Red Star Over Malaya ditulis oleh Cheah Boon Kheng memapar sejarah lengkap detik pendudukan Jepun. Buku tersebut berasaskan tesis kedoktoran beliau dari Australia National University.

– – – – – 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: