Perbelanjaan dan Ketirisan Negara

Tahun 2010 menampilkan berbagai masalah kewangan dalam pentadbiran negara. Antara yang mendapat liputan berita adalah masalah bajet makanan di asrama sekolah. Sumber kewangan untuk makanan di asrama telah dipotong agak banyak. Kesannya adalah pada setiap hujung minggu (hari Sabtu dan Ahad) dewan makan asrama kosong tanpa hidangan yang dimasak kerana kekurangan dana. Maka para pelajar yang tinggal di asrama diarah pulang pada setiap hujung minggu. Inilah kali pertama tindakan drastik tersebut diambil untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Namun disudut yang lain kita mendengar dakwaan ketirisan yang banyak berlaku dalam urus tadbir kewangan negara. Brian Wain dalam sebuah buku mendakwa bahawa ketirisan sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun pemerintahan bekas PM. Kemudiannya bekas PM berkenaan mendakwa pula ketirisan Rm240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 pula menyebut bahawa sebanyak Rm28 bilion salah urus kewangan meliputi berbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Dari tiga sumber ini sahaja sudah mencatatkan ketirisan sebanyak Rm368 bilion. Itu belum masuk belanja beli kapal selam yang didakwa gagal menjalankan fungsi utamanya – kapal selam tak boleh menyelam.

Bayangkan ketirisan Rm368 bilion berbanding ketiadaan belanja makan di asrama untuk anak-anak sekolah!

MRSM Pontian

(pastinya turut terkena tempias ketirisan perbelanjaan)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: