Firaun Tutankhamun

Kisah mengenai Firaun dan kerajaannya sering kita dengari melalui berbagai sumber. Satu sumber yang paling biasa adalah melalui kelas agama sama ada pengajian di sekolah, surau, masjid dan sebagainya. Fir’aun yang disebutkan melalui kelas agama selalunya secara umum sahaja tanpa sebarang nama khusus mereka. Maklumat mengenai bila zaman pemerintahan masing-masing Fir’aun tersebut juga tidak kita ketahui.

Pada masa kini pengkajian tentang sejarah pemerintahan Fir’aun masih berterusan. Salah seorang pakar yang amat banyak membuat kajian Fir’aun adalah Dr Zahi Hawass seorang warga Mesir. Terkini beliau telah melakukan kajian terhadap seorang bekas Fir’aun yang bernama Raja Tutankhamun. Kajian yang dilakukan termasuk menggunakan teknologi DNA. Berikut adalah beberapa dapatan dan fakta mengenai Fir’aun Tutankhamun;

1. Beliau dikatakan sebagai Fir’aun yang paling terkenal (dalam aspek sejarah).

2. Raja Tutankhamun sebenarnya seorang budak lelaki lemah, bibirnya sumbing dan kaki bengkok ke dalam. Beliau menjadi Fir’aun pada ketika usia 10 tahun (pada tahun sekitar 1333 sebelum masehi)

3. Mumia beliau sudah berusia 3,300 tahun. Ibu dan bapanya dikatakan adalah abang dan kakaknya sendiri. Bapa beliau bernama Akhenaten.

4. Ujian DNA ke atas mumia Tutankhamun menunjukkan beliau mati akibat malaria. Dapatan tersebut menyangkal spekulasi sebelum ini yang beliau telah mati dibunuh.

Sebuah imej Fir’aun dari sebuah piramid

(Gambar dipetik dari sebuah tesis kedoktoran mengenai piramid dan firaun yang berjudul “Aspects of the Pyramid Temple of Senwosret III at Dashur: The Pharaoh and Deities”.

Tesis PhD tersebut di tulis oleh Adela Oppenheim dari New York University pada September 2008. Tesis amat tebal sekali 1066 muka surat. Menurut Adela, Khakaure Senwosret III adalah Fir’aun yang kelima dalam Dinasti Egypt ke-12 (dikenali juga sebagai zaman Middle Kingdom). Senwosret III memerintah sekitar tahun 1878-40 sebelum masehi – iaitu lama sebelum zaman pemerintahan Raja Tutankhamun).

Baca mengenai nama-nama Fir’aun dan zaman pemerintahan mereka di sini – livius.org dan egyptologyonline.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: