Orientalis Rom Landau

Rom Landau terkenal melalui buku beliau berjudul “Islam and the Arabs“. Buku tersebut terbit pertama kalinya pada thun 1958 dan diulang cetak oleh Routledge pada tahun 2008.

Berikut adalah biografi Rom Landau dipetik dari laman berikut – oac.cdlib;

Rom Landau (1899-1974) merupakan Professor Pengajian Islam kelahiran England daripada keluarga keturunan Polish-German. Beliau belajar falsafah, sastera dan agama di beberapa pusat pengajian ternama Eropah terutamanya di Jerman. Namun kursus yang beliau ikuti bukanlah pengajian untuk ijazah. Landau juga banyak mengembara semasa usia mudanya dan pernah bekerja sebagai pengukir (sculptor). Pada lewat tahun 20-an dan awal 30-an Landau mula mencipta nama sebagai penulis. Kebanyakan tulisan beliau adalah bertema tulisan pengajian sejarah kesusasteraan, biografi warga Poland, dan perbandingan agama. Tulisan beliau yang paling tekenal waktu itu adalah ‘God is my adventure‘ – terbitan Knopf, 1935. Landau juga merupakan salah seorang pengasas World Congress of Faith, London (1936).

Rom Landau pertama kali melawat Morocco pada tahun 1924. Ketika itulah beliau mula mempelajari tentang tamadun Islam. Beliau turut belajar bahasa Arab dan meluang banyak masa mengembara ke Afrika Utara dan Timur Tengah. Pada tahun 1937 beliau mengunjungi Raja Ibn Saud, Raja Abdullah Jordan dan ramai lagi pemimpin sekular lain di Timur Tengah.

Berikutnya Landau menerbitkan sebuah buku “Arm the Apostles” pada tahun 1938 menceritakan mengenai pengembaraan beliau dan juga menyaran supaya membekal senjata kepada orang Arab agar mereka dapat membantu tentera British dan Peranchis menentang Nazi Jerman. Landau berkhidmat dengan Tentera Udara Di Raja (1939-41) dan menjadi ahli the Arab Committee of the Intelligence Deparment of the British Foreign Office (1941-45) sewaktu Perang Dunia II. Pada ketika itu juga beliau menerbitkan Islam Today (terbitan Cambridge 1943) bersama A J Arberry. Selepas Perang Landau kembali ke Afrika Utara dan mengadakan hubungan rapat dengan Sultan Morocco dan pemimpin pembebasan Arab lain. Landau turut memberi sokongan kepada puak pembebasan Arab sekalipun dokongan beliau terhadap kemerdekaan Arab sebenarnya tercetus dari pihak tradisionalis yang ingin memperlahan kemodenan dan pembaratan ke wilayah Arab untuk meningkat taraf kehidupan rakyat bawahan. 

Sejak 1948 Rom Landau menumpukan penulisan beliau terhadap Morocco dan ehwal rakyatnya. Dalam tempoh lima tahun berikutnya Landau telah menerbitkan buku Invitation to Morocco (1950), Moroccan Journal (1951), The Beauty of Morocco (1951), The Sultan of Morocco (1952), Potrait of Tangier (1953), dan France and the Arabs (1953). Berikutnya beliau menerbitkan kajian tentang Moroccan Drama (1956), biografi King Mohammed V (1957) dan King Hassan II (1962), dan juga History of Morocco in the Twentieth Century (1963). Landau turut menulis beberapa essei dan ulasan buku untuk The Reporter, The New Statesman, The Spectator, dan periodikal British dan Amerika yang lain. 

Selepas mengikuti lawatan kuliah ke Amerika Syarikat (1952-53) Landau menetap di San Francisco dan bekerja dengan Alan Watt’s American Academy of Asian Studies. Akademi tersebut kemudiannya bergabung dengan University of the Pacific, Stockton (pada 1954) dan Landau kemudiannya dilantik Professor Pengajian Islam (1956-68). Pada tahun 1962-63 beliau menyelia program latihan bagi sukarelawan Peace Corps yang akan dihantar ke Morocco. Landau bersara pada tahun 1968 dan terus menetap di Marakesh hingga akhir hayat beliau.

– – – – –

Islam and the Arabs (oleh Rom Landau)

Nota: gaya penulisan Rom Landau terhadap Islam adalah agak lunak (Landau boleh digolong sebagai orientalis yang tidak bersikap bias terhadap Islam).

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: