Politik Tanah Pahang

Isu pemilikan tanah merupakan suatu yang amat sensitif tidak kira di negeri mana sekalipun. Waktu Perak diperintah oleh PR kerajaan negeri telah mengambil langkah memberi pemilikan geran kekal kepada penduduk bukan Melayu. Mereka telah mendiami penempatan kampung baru sejak puluhan tahun melalui pemberian TOL sebelum mendapat kelulusan hakmilik kekal. Isu tersebut mendapat bantahan besar terutama dari pihak yang menentang kerajaan PR. Media tempatan memberi liputan meluas mengenai isu tersebut.

Kini cuba perhatikan pula permasalahan pemilikan tanah di sebuah negeri yang bukan diperintah oleh PR. Akhbar Siasah melaporkan masalah yang bakal dihadapi oleh para penduduk yang rata-ratanya orang Melayu di dua kawasan di negeri Pahang – Rompin dan Jengka. Di Rompin para pengusaha tanah sawah di beberapa buah kampung merayu diberikan geran tanah yang telah diusahakan sejak 30 tahun. Para pesawah tersebut datang dari Kedah meneroka hutan belantara untuk diusahakan menjadi jelapang padi sejak tahun 1977. Kini mereka berbangga mendiami Kampung Setajam, Kampung Kurnia, Kampung Lantang dan Kampung Pianggu yang telah bertukar menjadi Jelapang padi. Namun tanah yang diusahakan masih berstatus tanah TOL.

Satu lagi masalah bakal muncul ialah di Matau sebuah kawasan berdekatan Bandar Tun Razak Jengka. Para penduduk berkenaan bakal menghadapi arahan diusir dari tanah kediaman mereka. Tanah yang mereka terokai telah dirancang untuk dibangunkan oleh pemaju. Apabila tiba masanya mereka pasti diarah keluar.

Setakat ini isu tanah yang melibatkan orang Melayu yang pastinya ramai menyokong parti pemerintah kerajaan Pahang tidak mendapat liputan berita di media awam. Moga-moga mereka akan mendapat apa yang diperjuangkan sebagaimana penduduk kampung baru di Perak.

– – – – – 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: