Makna Rabiul Awal

Saban tahun ketibaan bulan Rabiul Awal diingati melalui sambutan Maulud Nabi. Pada tahun ini ada kehangatan yang berlaku berkaitan sambutan Maulud. Kehangatan tersebut bukanlah dicetus oleh sesama umat Islam antara yang pro dan yang menentangnya tetapi ia ditimbulkan oleh sentimen politik. Satu pihak (termasuk media) menuduh KM LGE mengambil keputusan membatal perarakan Maulud dari diadakan. Maka suara-suara provokasi pun bergema kononnya LGE anti-Islam, anti-Melayu dan sebagainya. Pada hal perkara tersebut disangkal oleh para pemimpin PR Pulau Pinang. Berikutnya banyak laporan yang menyiar bahawa sambutan Maulud perarakan tidak pun dibuat di negeri lain seperti Pahang dan Johor. Ironinya langkah tersebut berlalu tanpa sebarang polemik disuarakan.

Bersangkutan dengan peristiwa Maulud elok juga kita lihat apakah makna nama Rabiul Awal? Ada dua pendapat mengenai makna tersebut. Pendapat pertama mengatakan bulan bermulanya musim bunga. Antara buku yang memetik makna sedemikian adalah “Menu Rabiulawal” tulisan Abu Ahmad Yasin terbitan Darul Nu’man. Beberapa entri internet yang menulis atau memetik pendapat demikian adalah: buku-agama; dan jais.

Pendapat kedua pula menyebut makna Rabiul Awal sebagai “menetap yang pertama”. Makna tersebut diambil kerana pada waktu itu kaum lelaki Arab kembali menetap semula di rumah masing-masing. Sebuah buku berjudul “Kehebatan bulan-bulan Islam” tulisan Ainol Bashar terbitan Penerbitan NurulHas adalah satu contoh yang menulis tentang pendapat sebegini. Salah satu entri internet yang menulis perkara yang sama boleh baca di sini (kaskus).

Beberapa rujukan lain yang boleh ditemui adalah – penamaan bulan Islam (al-ahkam); bulan Islam dan maknanya (forumbebas).

Ruang solat Surau Al-Firdaus, Bandar Tasik Puteri

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: