Tokoh yang dikesampingkan

Apabila membaca catatan sejarah kita akan menemui banyak nama tokoh-tokoh tempatan yang berjuang melalui parti dan wadah perjuangan yang tidak sealiran dengan pemerintah. Oleh itu tokoh-tokoh berkenaan jarang sekali mendapat tempat dalam media apa lagi pengiktirafan yang sewajarnya.

Berikut adalah beberapa nama tokoh yang dikutip dari berbagai catatan bacaan;

Othman Abadi – tokoh wartawan (bekas orang kanan Utusan Melayu) dan pernah menjadi tahanan politik pada usia muda belasan tahun. Beliau ditahan bersama tokoh agama Ustaz Abu Bakar Baqir (pemimpin Part Hizbul Muslimin). Othman adalah adik kepada Zainab Mahmud Baginda (pejuang PKM dan isteri kepada bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad). Catatan mengenai Othman Abadi di ambil dari sebuah tulisan artikel oleh Subky Latif dalam kolum beliau Selangkah di akhbar Siasah.

Cikgu Haji Ishak Surin – tokoh Pas kawasan Batu. Beliau kini berusia 76 tahun. Mula aktif berpolitik pada tahun 1955 menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM) pimpinan Ahmad Boestamam dan Dr Burhanudin Hilmi. Ketika itu Cikgu Ishak menjadi Pengerusi PRM Selangor. Beliau ditahan di bawah ISA pada tahun 1955 dan 1963. Beliau telah diberhentikan dari perkhidmatan perguruan kerajaan pada tahun 1965 kerana aktif dalam politik. Beliau mula tertarik dengan gerakan Islam selepas kejayaan revolusi di Iran tahun 1979. Akhirnya mula menyertai Pas pada 1985 hingga sekarang. Kini beliau mengepalai perjuangan mempertahan Kampung Bandar Dalam dan banyak lagi kampung lain dari diambil oleh DBKL.

Pintu masuk utama Muzium Negeri Terengganu

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: