Sejarah 64 tahun Rtm

Pada 1 April lalu Rtm telah menyambut ulang tahun penubuhan ke-64. Rtm mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 1946. Rakyat M’sia yang kini berusia lewat 60 tahun pasti ada yang mengingati detik sejarah tersebut. Penubuhan siaran radio pada ketika itu pastinya mempunyai hubung kait dengan sejarah menentang ancaman dan kegiatan komunis PKM.  

Menurut catatan sejarah Rtm – SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor membawa set radio pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Beliau kemudian menubuhkan persatuan serupa di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter.

Berikut adalah antara sejarah perkembangan penting Rtm;

1971 – Rangkaian radio memulakan siaran 24 jam sehari bermula 19 April

1963 – Siaran televisyen hitam putih mula diperkenalkan bermula 28 Disember

1969 – Rangkaian kedua TV mula bersiaran pada 17 November

1978 – Siaran TV berwarna mula dilancarkan pada 28 Disember oleh PM Tun Huseein Onn

1994 – Siaran TV mula waktu awal pagi mula ke udara pada 1 Mac

Beberapa catatan sejarah mengenai siaran radio di M’sia boleh baca di sini – rtm; scribd dan karyawan.

Sebuah radio klasik (sumber – sukem06)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: