Kalendar 30 April

Pada setiap 1 Mei sekelian warga pekerja menyambut Hari Pekerja atau Labour Day. Sambutan tersebut bukan sahaja di  Malaysia malah seluroh dunia. Tarikh 1 Mei juga menjadi cuti umum maka semua rakyat pasti mengingati kalendar berkenaan. Apa pula yang berlaku pada 30 April? Pasti tak ramai yang tahu dan tiada yang ambil peduli. Kepada ahli sejarah Tanah Melayu ada satu peristiwa yang tercatat pada tarikh tersebut. Apa sejarahnya?

Jawapannya tarikh 30 April merupakan ulangtahun penubuhan PKM – Parti Komunis Malaya. Kepada yang suka mengkaji sejarah pasti akan terbaca catatan tersebut. Banyak buku, artikel dan bahan bacaan yang menyebut mengenai hal tersebut. PKM ditubuh secara rasmi pada 30 April 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kenapa di Kuala Pilah? Tak jumpa pula sebabnya tapi suatu kemungkinannya kerana di Kuala Pilah waktu itu banyak ladang getah dan pekerja ladang tersebut aktif dengan semangat pertubuhan buruh. Kegiatan pertubuhan komunis pada ketika itu memang berkait rapat dengan kaum pekerja, kaum buruh dan kaum tani.

Prof Khoo Khay Kim menulis dalam sebuah artikel bertajuk “Gerakan Komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya PKM” tentang latar belakang penubuhan PKM. Menurut beliau terdapat 10 persatuan pekerja di sekitar Negeri Sembilan yang aktif ketika itu. Antaranya adalah di Port Dickson, Seremban, Rantau, Sepang dan Kuala Pilah. Kunjungan beberapa tokoh komunis dari Indonesia turut memberi semangat kepada penubuhan PKM. Menurut Prof Khoo antara tokoh tersebut adalah Tan Malaka, Hasanoesi, Boedisoejitro dan Sutan Perpatih (kesemua mereka ke Pulau Pinang pada tahun 1926). Selain nama di atas turut disebutkan adalah tokoh bernama Mas Alimin.

Antara buku-buku mengenai PKM dan Sejarah Darurat (terbitan DBP dan UKM)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: