Lambor Lawan Jepun

Apabila membaca catatan sejarah perjuangan melawan tentera Jepun khususnya di Perak akan ditemui peranan tokoh kaum Melayu Lambor. Tokoh tersebut adalah Abdullah CD yang memimpin perjuangan di kalangan orang Melayu. Mereka bertempur dengan askar Jepun beberapa kali di sekitar Sg Perak dari Parit membawa ke Kg Gajah. Catatan perjuangan mereka boleh ditemui dengan membaca memoir yang ditulis oleh tokoh seperti Abdullah CD sendiri dan juga memoir isteri beliau Suriani Abdullah. 

Pada ketika itu Abdullah CD memulakan perjuangannya dengan memegang jawatan Setiausaha Kesatuan Melayu Muda (KMM). Sepanjang penglibatan Abdullah CD menentang Jepun beliau turut berjuang melalui beberapa kumpulan seperti Pasukan Laskar Rakyat, Liga Anti-Jepun, dan MPAJA (atau singkatan Melayunya TAJRM). Beliau kemudiannya menyertai PKM apabila KMM diharamkan.

Satu hal yang banyak berlaku apabila Jepun telah menyerah kalah adalah pertelingkahan dan pembunuhan melibatkan kaum Melayu dan Cina. Beberapa catatan sejarah menyebut bahawa pembunuhan tersebut adalah angkara keganasan Bintang Tiga (maksudnya kumpulan MPAJA). Namun dalam memoir yang ditulis oleh Abdullah CD dan Suriani mereka menyebut puak yang mencetus keganasan itu sebenarnya adalah saki-baki pasukan Kuomintang. 

Dua buah buku memoir – Abdullah CD dan Suriani

(Buku Memoir Suriani pinjam dari librari sebab tu ada sticker. Harga buku mahal jadi mana yang boleh pinjam elok gunakan kemudahan pinjaman)

Baca wawancara Abdullah CD di sini – alonganaz; sumbangan askar patriotik Melayu sekitar Sg Perak – wasiatpejuang; dalang sebenar rusuhan kaum – wasiatpejuang.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: