Siapa Lai Raifel

Kesempatan kebelakangan ini dipenuhi dengan menyelak beberapa buah buku mengenai zaman darurat 1946-1948 (Buku 1 dan Buku 2). Seronok juga menggali beberapa bahan sejarah yang dicatat oleh para pengkaji tempatan. Sesetengahnya ditulis oleh mereka yang terlibat sendiri dengan sejarah tersebut terutama buku terbitan SIRD (seperti oleh Abdullah CD dan Suriani). Bagi mengingati apa yang dibaca cara mudahnya adalah mencatat hal tersebut dalam talian. Kali ini cuba perhatikan catatan tentang Lai Raifel.

Siapakah Lai Raifel? Beliau adalah seorang yang bergerak aktif dalam Pkm pada tahun 1940-an. Nama sebenar beliau ialah Tu Liang San. Beliau lahir di Sitiawan pada tahun 1922. Bersekolah di Nan Hwa High School bersama Chin Peng dan guru mereka adalah Chen Chin Yun. Guru inilah yang berperanan menanam semangat komunis kepada anak murid dari Sitiawan (i.e., Chin Peng, Lai Raifel dan Eng Min Chin/Suriani).

Lai Raifel mulanya bergiat dengan kaum buruh dan pekerja dan melalui kegiatan tersebut dia bertemu Rashid Maidin. Lai Raifel pernah ditahan oleh pihak British tetapi dibebaskan setelah Jepun menyerang Malaya. Selepas dibebaskan dia menyertai latihan tentera anjuran pihak British untuk menentang Jepun. 

Selepas tamat latihan Lai Raifel bertemu Lai Teck dan menubuhkan Rejimen 2 Pkm dan bergerak ke Negeri Sembilan (kerana ketika itu Jepun sudah menawan Selangor). Lai Raifel telah ditangkap oleh Jepun pada tahun 1943. Semasa dalam tahanan beliau diseksa dan akhirnya dipancung oleh Jepun. Pada ketika itu beliau baru berusia 22 tahun.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: