Dato’ Onn dan Pilihanraya

Setiap tahun pada bulan Mei (lebih tepatnya pada 11 Mei) nama Dato’ Onn akan sentiasa dikenang kerana peranannya menubuhkan Pertubuhan United Malay National Organization. Perkara utama yang mendorong penubuhan tersebut yang dibuat di Istana Besar Johor adalah penentangan terhadap Malayan Union. Sunggoh pun Dato’ Onn berjasa besar dalam penubuhan berkenaan namun beliau kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan pertubuhan itu dan menubuhkan pula parti lain atas dasar prinsip. 

Sejarah mencatatkan beliau meneruskan perjuangan politik melalui dua buah parti iaitu Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti Nasional (PN). IMP tidak bertahan lama dan tidak sempat pun menyertai pilihanraya kebangsaan. Ia cuma turut serta dalam pilihanraya majlis bandaran Kuala Lumpur dan hanya menang 3 kerusi dari 12 yang dipertandingkan. Dato’ Onn sendiri tewas dalam pilihanraya tersebut.

Dato’ Onn melalui Parti Nasional sempat bertanding dalam tiga pilihanraya iaitu – Piliharaya Umum 1955 (Parlimen Johor Bahru); Pilihanraya kecil 1957 (Parlimen Batu Pahat) dan Pilihanraya Umum 1959 Parlimen (Kuala Terengganu Selatan)

1. Pilihanraya 1955 kerusi Johor Bahru beliau menentang calon Umno. Dato’ Onn tewas dengan hanya memperolehi 2802 undi berbanding lawan beliau 8745 undi.  

2. Dalam Pilihanraya kecil tahun 1957 kawasan Batu Pahat beliau ditentang oleh Syed Esa dari Umno. Sekali lagi beliau kalah dengan hanya mendapat 5614 undi berbanding 12179 undi oleh lawan beliau. Ketika hari pengundian Dato’ Onn hanya mampu menyediakan tiga buah kereta untuk mengangkut pengundi sedangkan parti lawan punya lebih 100 buah kereta.

3. Akhirnya dalam Pilihanraya Umum 1959 Dato’ Onn berjaya memenangi kerusi Kuala Terengganu Selatan. Beliau memperolehi 7985 undi berbanding lawan beliau Engku Mohsin Abdul Kadir 5374 undi. Namun Dato’ Onn sempat berkhidmat di Parlimen tidak sampai 3 tahun. Beliau meninggal dunia pada 18 Januari 1962.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: