Kelahiran Nasionalisme Melayu

Menurut  K J Ratnam dalam buku beliau yang diterbit pada 1965 semangat nasionalisma di kalangan rakyat Melayu mula bertapak pada awal tahun 1930-an. Bermakna ianya ketinggalan jika dibandingkan dengan sentimen nasionalisme kaum Cina di Malaya pada waktu itu. Semangat nasionalisme orang Melayu mulanya dicetuskan oleh golongan reformis Islam yang kembali dari pengajian di Timur Tengah. Mereka lebih dikenali sebagai golongan Kaum Muda (berbanding Kaum Tua mewakili golongan tradisionalis).

Pada waktu itu orang Melayu telah diberi keistimewaan dalam beberapa hal seperti – hanya orang Melayu yang boleh menyertai perkhidmatan kerajaan (i.e., Civil Service) dan adanya enakmen Tanah Simpanan Melayu. Namun di sebalik keistimewaan tersebut orang Melayu jauh pula ketinggalan di sudut ekonomi. Ramai yang bekerja dengan para majikan yang terdiri dari para tauke Cina. Selain itu ramai pula Melayu berhutang kepada tauke Cina dan orang tengah (golongan Ceti India). Keadaan demikian menimbulkan masalah kerana banyak tanah Melayu yang terpaksa dilepaskan kerana tidak dapat membayar hutang. 

Faktor kedua yang menyuburkan semangat nasionalis Melayu adalah bila mana kaum bukan Melayu (khususnya kaum Cina) telah mula bersuara meminta keistimewaan Melayu dibuang dan hak sama rata dari segi kerakyatan. Tuntutan tersebut disuarakan oleh seorang jutawan dari Pulau Pinang pada tahun 1930. 

Satu faktor lagi yang menimbulkan sentimen nasionalis Melayu adalah semangat yang datang dari tanah seberang. Tahun 1030-an memperlihat kemunculan  Parti Nasional Indonesia  (PNI) yang dipimpin oleh Soekarno. Perjuangan PNI menuntut kemerdekaan telah mencetus semangat kepada kaum Melayu di tanah air membawa kepada tertubuhnya KMM oleh Sdra Ibrahim Yaakub. 

Ratnam menulis buku “Communalism and the political process in Malaya” berasaskan tesis PhD beliau di U of London.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: