Raja Abdullah Seychelles, Raja Ismail Skudai

Peristiwa pembunuhan J W W Birch (nama penuh James Wheeler Woodford Birch) berakhir dengan banyak tragedi. Pembunuhan yang berlaku 2 Nov 1875. Perbicaraan pembunuhan Birch berlangsung pada 3 Mac 1876 dengan tertuduh adalah Siputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad. Sebuah artikel menulis dengan detail siapakah saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. Saksi tersebut adalah Hamid (pencuci sampan Birch), Kok Ah Yong (peniaga emas), Mat Tahir (pendayung sampan) dan Ho Ah Choy (tukang masak Kok Ah Yong). Hakim perbicaraan adalah Raja Deris dan Frank Swettenham sebagai juri  (baca seputum). Fakta mengenai Raja Deris sebagai Hakim di ulang sebut (baca muhamadmatyakim) dan kemudian beliau menjadi Raja Muda. Namun dalam sebuah artikel lain disebut pula yang menjadi Hakim ialah Raja Muda Yusof dan Raja Alang Husin (baca – perpustakaan perak). Fakta kedua ini boleh di baca bersama dengan salasilah kesultanan Perak waktu itu  (baca – junjungan). Keputusan perbicaraan memutuskan Siputum di hukum gantung, sementara Che Gondah dan Ngah Ahmad penjara seumur hidup.

Turut menerima hukuman adalah mereka yang di buang ke Pulau Seychelles iaitu Raja Abdullah, Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Mohd Amin dan Syahbandar Uda Maamor. Mereka di hantar ke Seychelles pada tahun 1877. Raja Abdullah berada di Seychelles selama 17 tahun. Baginda dibenar pulang pada 1894, bersemayam di Singapura, kemudian pindah ke Pulau Pinang dan mangkat di Kuala Kangsar pada 1922. Baca – sultanperak.

Baca mengenai nilai negatif perebutan kuasa yang membawa campur tangan British di Perak – yatiyula (tengku menteri). Perebutan takhta tercetus setelah Sultan Ali mangkat pada 1871. Raja Muda Abdullah sepatutnya di angkat menjadi Sultan. Tetapi beliau tidak hadir untuk ditabalkan dan berlalu masa selama sebulan sebelum jenazah Sultan Ali dimakam dan tempatnya diambil oleh Raja Ismail (Baginda turut terhukum di buang ke Skudai).  Pertikaian rebut kuasa membawa kepada Perjanjian Pangkor, perlantikan Birch sebagai Residen, penentangan terhadap Birch dan pembunuhannya. Semuanya berlaku rentetan sejarah Raja Abdullah meminta British (Andrew Clarke) campur tangan di Negeri Perak. 

Nota: Sir Raja Culan adalah anak kepada Raja Abdullah.

– – – – – 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: