Destinasi Kencing Tikus

Bahana kencing tikus (atau leptospirosis) amat bahaya dan boleh mengakibat maut. Banyak kes kematian akibat bahana tersebut telah dicatat berlaku dalam negara. Antara kes terkini yang dilaporkan berlaku adalah di dua tempat berkelah yang dikunjungi pengunjung tempatan. Kedua destinasi tersebut terletak di Kedah iaitu Puncak Janing, Kuala Nerang dan Lata Bayu, Baling.  Wabak kencing tikus di Lata Bayu telah mengakibat satu kematian dan dua yang lain menerima rawatan. Mereka yang dirawat itu akhirnya dilapor pulih dibenar keluar hospital.

Lata Bayu, Baling (sumber – malaysianatureheritage)

Serangan wabak kencing tikus turut melanda sebuah kawasan rekreasi di Pahang iaitu Lubuk Yu. Wabak tersebut menjangkiti 89 mangsa dengan tujuh kematian. Ketika kejadian kesemua mereka sedang menyertai operasi menyelamat ditempat tersebut. Kejadian berlaku pada Jun 26 lepas.

Laporan terkini telah menambah dua buah tempat perkelahan yang diancam kencing tikus iaitu Bukit Tangga, Kubang Pasu dan Taman Negeri Bukit Panchor Nibong Tebal.

– – – – –   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: