Kitab Tafsir Bir Riwayah

Tafsir al-Quran terbahagi kepada dua kategori utama iaitu tafsir bir riwayah (atau bil ma’tsur) dan tafsir bid dirayah (atau dipanggil juga bir ra’yi). Tafsir bir riwayah adalah bersumber dari atsar para sahabat dan tabi’in manakala tafsir bir ra’yi pula dilakukan dengan berpegang kepada ijtihad. Ijtihad tersebut dibangunkan dengan syarat tertentu dan ilmu yang lurus terutama pengetahuan bahasa Arab yang mantap.

Tafsir bir ra’yi terbahagi pula kepada dua – tafsir mahmud (atau tafsir al-masyru’) dan tafsir madzmum. Tafsir mahmud adalah tafsir yang sesuai dengan tujuan syari’i dan jauh dari kebodohan dan kesesatan. Tafsir madzmum pula mempunyai ciri yang tertolak seperti tanpa berdasar ilmu, berdasar mazhab yang rosak. Oleh itu ia dipanggil juga sebagai tafsir yang batil.

Berikut adalah beberapa contoh kitab tafsir bir ra’yi yang termasyhur;

1. Tafsir At-Thabari (oleh Muhammad bin Jarir At-Thabari – w.310H)

2. Tafsir As-Samarqandi (oleh Nashar bin Muhammad As-Samarqandi – w.373H)

3. Tafsir Ats Tsa’labi (oleh Ahmad bin Ibrahim An Naisaburi – w.427H)

4. Tafsir Al-Baghawi (oleh Al Husain bin Mas’ud al-Baghawi – w.510H)

5. Tafsir Ibnu ‘Uthiyyah (oleh Abdul Haq bin Ghalib Al-Anadalusi – w.546H)

6. Tafsir Ibnu Kathir (oleh Ismail bin Umar Ad Dimisyqi – w. 774H)

7. Tafsir Al-Jawahir (oleh Abdurrahman bin Muhammad Ats Tsa’labi – w.876H)

8. Tafsir As-Suyuti (oleh Jalaludin As-Suyuthi – w.991H)

 

Masjid Jamae, South Bridge Rd, S’pore (link – infopedia)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: