Berita Ramadan Syawal

Aktiviti dan berita sepanjang bulan Ramadan dan Syawal sentiasa rancak tetapi entri mengenainya agak lambat dilapurkan kerana banyak masa digunakan untuk hal yang lain. Banyak yang dapat dipelajari dari setiap peristiwa  yang dilapurkan oleh pihak media. Antara peristiwa yang mendapat  liputan besar adalah (disusun menurut tempat atau lokasi berita);   

Masjid Jamek Padang Menora Tasek Gelugor dan Masjid Kubang Buaya, Bagan – Isu doa khutbah dan LGE di beberapa masjid di Pulau Pinang khususnya di Jelutong, Tasek Gelugor, dan Permatang Pauh – heboh dilapurkan sekitar 20 Ogos. Antara khatib yang terlibat adalah Ustaz Zakaria Ahmad. Doa tersebut dikatakan dibaca Jun lalu. Ustaz Zakaria menyatakan bacaan doa berkenaan dibenarkan dalam Islam namun tempat yang digunakan (ketika khutbah Jumaat) tidak sesuai sambung beliau.

Surau Al-Huda Kajang – Ahli Parlimen DAP mewakili Serdang masuk memberi ucapan di surau tersebut sempena majlis menyampai wang bantuan. Media perdana (terutama UM) mendakwa beliau menyampai tazkirah (satu isu yang sengaja diadakan untuk politik benci-membenci).

Kesesakan Lebuhraya Plus Taiping – KL pada Ahad 12 Sep – perjalanan Taiping ke KL mengambil masa 7 jam. Perjalanan dari Taiping ke Jelapang sahaja 3 jam. Perjalanan biasa cuma 45 minit!. Tol masih kena bayar juga.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: