Asal Islam di Taiwan

Waktu cuti Aidil Fitri lalu sempat membelek buku World Islam oleh Professor Andrew Rippin (beliau dari Victoria University Canada). Buku tersebut mengumpulkan artikel mengenai Islam yang diterbitkan dalam berbagai jurnal antarabangsa. Salah satu artikel yang ada ialah Islam in Taiwan. Artikel tersebut asalnya diterbitkan dalam Saudi Aramco World pada tahun 1970. Maknanya maklumat yang disampaikan sudah berusia 40 tahun. Tapi nak mencari maklumat yang terkini tentang topik yang sama memang sukar kecuali catatan peribadi yang ada di internet.

Menurut penulis artikel tersebut (Peter G Growing) Islam sampai di Taiwan melalui dua catatan sejarah. Sejarah pertama ialah pada tahun 1661 apabila pemerintahan Dinasti Ming tumbang. Hero legendari ketika itu yang dipanggil Koxinga (nama sebenarnya Chen Cheng-kung) membawa masuk 25,000 penyokong beliau ke Taiwan. Turut menyertai beliau adalah beberapa orang Muslim dari Cina Selatan. Mereka merampas Taiwan dari Belanda.

Sejarah kedua pula adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 1949 apabila Presiden Chiang Kai-shek tewas kepada Komunis China. Beliau lari ke Taiwan dengan turut disertai bersama adalah beberapa orang Muslim. Waktu itu Taiwan dikenali sebagai Formosa (perkataan Portugis bermakna indah/cantik).

Bilik wuduk – Masjid Besar Taipei

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: