Fakta Sejarah Januari

Ada beberapa peristiwa berkaitan sejarah Malaysia berlaku sepanjang bulan Januari. Berikut adalah satu senarai pendek antara sejarah berkenaan. Senarai ini dipetik dari majalah Dewan Siswa edisi Januari 2012;

1. Bandar Tanjong Puteri diubah nama kepada Johor Bahru dan menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran Johor menggantikan Teluk Belanga Singapura. (1 Jan 1866 – Ulang tahun bandar Johor Bahru ke 146 tahun pada 2012)

2. Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Raja Abdullah (Raja Muda Perak – menguasai Hilir Perak) dengan pihak British (20 Jan 1874 – Ulang tahun Perjanjian Pangkor ke 138 tahun pada 2012)

3. Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah berasrama penuh pertama (2 Jan 1905 – Ulang tahun MCKK ke 107 tahun)

4. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka mula dibuka untuk melatih guru-guru perempuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu (31 Jan 1935 – Ulang tahun MPPM Melaka ke 77  tahun)

5. Tentera Jepun berjaya menawan seluruh Tanah Melayu dengan Johor sebagai serangan terakhir (31 Jan 1942 – Ulang tahun ke 70)

6. Pembukaan rasmi Bank Negara Tanah Melayu (24 Jan 1959 – Ulang tahun Bank Negara ke 53)

7. Terowong Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur dibuka rasmi (7 Jan 1978 – Ulang tahun Lebuh raya Karak ke 34 tahun)

Bangunan Galeri Sejarah Pasir Salak

(turut memuatkan beberapa display mengenai Perjanjian Pangkor)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: