Tren bandar – S’pore, KL dan Bangkok

Perkhidmatan tren bandar dalam negara Asia (selain China, Jepun dan Korea) cuma ada di KL, Singapura, Bangkok, Manila, HK dan Taiwan. Berikut adalah sedikit catatan mengenai sistem tren bandar di KL, Bangkok dan Singapura. Paling awal mengadakan sistem tren bandar ialah Singapura (1987) diikuti Kuala Lumpur (1996) dan Bangkok pada 1999.

KL – Laluan LRT Ampang Line mula beroperasi pada 1996 (dari Sultan Ismail ke Ampang); Chan Sow Lin ke Sri Petaling (Julai 1998); dan ke Sentul Timur (Dis 1998). Laluan Kelana Jaya ke Pasar Seni (Julai 1998). Sistem Monorel mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Manakala Sistem ERL mula beroperasi pada April 2002.

Bangkok memulakan sistem pengangkutan tersebut pada Disember 1999. Ia dimulai dengan membuka operasi di dua laluan iaitu Sukhumvit Line dan Silom Line. Kedua-duanya dibangunkan menggunakan teknologi Siemen (baca – bangkok). Fasa berikutnya mula beroperasi pada 2004 dan selanjutnya 2009.

Singapura – sistem tren bandar bermula pada tahun 1987 dengan pembukaan North South Line (laluan Yio Chu Kang ke Toa Payoh) dan East West Line (dari Raffles Place ke Outram Park) oleh syarikat S’pore MRT. Laluan tersebut terus berkembang pada 2002 dan 2003. Laluan North East Line mula operasi pada 2003. Manakala laluan Circle Line mula dibuka pada Mei 2009.

– – – – – 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: