Bakal punyai tren bandar

Beberapa kota besar di Asia (seperti Abu Dhabi, Macau, Ho Chi Minh dan Jakarta) turut merancang untuk mengadakan projek tren bandar. Buat masa ini projek tren berkenaan ada yang sedang dalam pembinaan dan ada juga yang masih belum pun bermula.

Abu Dhabi – peringkat pembinaan baru bermula tahun 2011 dan dijangka beroperasi pada 2015 (baca Abu Dhabi Metro)

Hanoi – merancang membina dua laluan. Pembinaan laluan pertama sudah bermula sejak tahun 2006. Ia dijangka beroperasi pada tahun lalu (2010). Laluan kedua mula dibina pada 2007 dan jangka beroperasi pada 2014. Baca hanoi dan masalah yang dihadapi metro hanoi di sini.

Macau – projek tren bandar Macau memasuki peringkat pemberian tender. Tiga syarikat telah membuat bida iaitu Mitsubishi Heavy (Jepun), Bombardier (Canada) dan sebuah lagi syarikat. Kerajaan Macau mengambil keputusan memberi tender kepada Mitsubishi. Namun keputusan tersebut dicabar oleh Bombardier dan kes tersebut dibawa ke mahkamah. Sistem trenMacau dijangka beroperasi pada 2014.

Jakarta – progres rancangan membina sistem tren pantas berjalan amat perlahan. Ia telah tertangguh beberapa kali. Jangkaan mula operasi menjelang 2016. Baca jakartamrt.

Ho Chi Minh City – pembinaan dilapor telah bermula pada 2009 oleh sebuah syarikat dari Sepanyol. Fasa awal sistem tren tersebut dijangka bermula pada 2015. Baca vietnammetro.

Suasana sebuah jalanraya di kota Macau 

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: