Negara Arab Miskin

Tahun 2011 menyaksikan dua peristiwa bersejarah tumbangnya tampuk kuasa pemerintahan di dua buah negara Arab. Presiden Tunisia Zien Abdin dipaksa turun melepas jawatan dan beliau lari meninggalkan Tunisia akibat desakan rakyat yang menentang. Selepas peristiwa di Tunisia berlaku pula tunjuk perasaan besar di Mesir selama 18 hari. Akhirnya Presiden Mubarak turut melepas jawatan.

Persamaan penentangan rakyat Tunisia dan Mesir adalah rakyatnya menderita akibat keadaan ekonomi yang teruk. Harga barangan yang kian meningkat sedangkan pendapatan yang tidak seberapa mencetus rasa marah melalui tunjuk perasaan. Dalam masa yang sama kekayaan yang dimiliki oleh ketua negara tersebut jauh berbeza dengan kemiskinan dalam negara.

Selain Tunisia dan Mesir ada beberapa negara Arab yang turut tersenarai sebagai miskin dan berpotensi untuk bergolak. Negara tersebut adalah Jordan, Oman, Yemen dan Syria. Berikut adalah statistik berkaitan negara miskin yang dipetik dari akhbar UM;

Jordan – penduduk 6.4 juta; KDNK USD33.8 bilion; Perkapita USD2,700; Pengangguran 13%; Inflasi 4%; Penduduk di bawah paras kemiskinan 14%.

Oman –  penduduk 3.4 juta; KDNK USD76.5 bilion; Perkapita USD6,200; Pengangguran 15%; Inflasi 4%.

Yemen – penduduk 23.5 juta; KDNK USD61.9 bilion; Perkapita USD2,700; Pengangguran 35%; Inflasi 12%; Penduduk di bawah paras kemiskinan 45% (angka yang amat besar!)

Syria – penduduk 22.2 juta; KDNK USD106.4 bilion; Perkapita USD4,800; Pengangguran 8.3%; Inflasi 5.9%; Penduduk di bawah paras kemiskinan 11.9%.

Sebagai bandingan lihat pula statistik Mesir – penduduk 80 juta; KDNK USD500 bilion; Perkapita USD2,700; Pengangguran 9.7%; Inflasi 12.8%; Penduduk di bawah paras kemiskinan 20%.

Sebuah restoran halal di Shenzhen (Dewan e-Khass)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: