Pencetus Kerajaan Abbasiah

Mari berehat sebentar dari hal pergolakan di negara Arab (walau pun tunjuk perasaan terus berlaku di Yemen, Baharin, dan Algeria). Dalam pada itu kita baca sedikit mengenai sejarah khususnya penubuhan kerajaan Abbasiah. Entri mengenai Abbasiah pernah ditulis sebelum ini namun ada beberapa nota pendik yang sempat ditemui ketika menyelak bahan bacaan mengenai pembentukan Abbasiah. Berikut adalah sebahagian dari nota tersebut khususnya tentang tokoh di sebalik nama Abbasiah dan yang membawa kepada pembentukan Abbasiah;

1. al-Abbas (bapa saudara Nabi Muhammad SAW, beliau memeluk Islam pada tahun 630 M)

2. Abdullah (anak al-Abbas; masyhur dengan panggilan Ibnu Abbas)

3. Ali bin Abdullah (d.736 – cucu al-Abbas; beliau pernah dipenjara ketika pemerintahan Khalifah Walid I; merupakan pengasas gerakan Abbasiah)

4. Muhamad bin Ali (d.743 – beliau juga dikatakan sebagai pengasas pergerakan Abbasiah)

5. Ibrahim bin Muhamad (beliau menggunakan gelaran al-Imam; terkenal kerana peranan beliau menaik bendera hitam di Khurasan; terbunuh dalam satu peperangan)

6. Ibrahim merupakan tokoh yang melantik Abu Muslim untuk mengetuai pemberontakan di Merv

7. Abdullah bin Muhammad (saudara kepada Ibrahim; beliau mengetuai gerakan Abbasiah mengganti tempat Ibrahim; seterusnya dilantik sebagai Khalifah dengan gelaran Abu Abbas as-Saffah)

8. Selain tokoh di atas ada seramai 12 orang raqib yang turut berperanan menggerakan pergerakan Abbasiah. Menurut catatan raqib tersebut terdiri dari kelompok berikut – 4 Khuza; 4 Tamim; 1 Tayy; 1 Shayban; 1 Bajila; dan 1 mawla Hanifia

Nota: baca link berikut –  digitalislamiclibrary – untuk artikel yang berkaitan Abbasiah.

Buku menu halal Restoran Tarim River, Shenzhen 

– – – – –

Abbasiah – 19005 – 15 Feb 2011

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: