Khalifah awal Abbasiah

Pemerintahan Abbasiah bermula pada tahun 749/750 M menggantikan kerajaan Umayyad. Dua tokoh Abbasiah yang awal dilantik sebagai khalifah adalah as-Saffah dan al-Mansur. Mereka adalah adik-beradik anak kepada Muhammad bin Ali.

1. As Saffah – merupakan Khalifah pertama Abbasiah. Beliau memerintah selama 4 tahun dan meninggal dunia pada 754.

2. al-Mansur (nama sebenar beliau Abu Jaafar) – menjadi khalifah selepas kematian as-Saffah.

Pada masa awal pemerintahan Abbasiah ada beberapa tokoh lain menjadi saingan kepada as-Saffah dan al-Mansur unuk menyandang jawatan khalifah. Mereka adalah Abu Jaafar (sepupu as-Saffah); Abd ‘Allah bin Ali; dan Abu Muslim.

Selain tiga tokoh di atas turut menjadi saingan adalah tokoh dari kelompok keluarga Ali bin Abu Talib. Dua tokoh dari kelompok Ali ini adalah dua beradik iaitu Muhammad bin Abd ‘Allah dan Ibrahim bin Abd ‘Allah.  Muhammad dikenali juga dengan gelaran “The pure soul”.

Penentangan oleh pesaing sewaktu al-Mansur memerintah telah dipatahkan oleh tentera yang diketuai oleh Isa bin Musa. Isa merupakan tokoh yang tidak kurang hebat pengaruhnya. Semasa pemerintahan as-Saffah beliau (Isa) pernah dicalun sebagai bakal khalifah. 

Candelier menghiasi restoran Tarim River, Shenzhen

– – – – – 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: