Telur asli ke tiruan?

Beberapa hari kebelakangan ini banyak diperbincangkan tentang hal telur ayam. Pihak CAP mendakwa kewujudan telur ayam yang dikatakan tiruan. Telur yang dikatakan tiruan tersebut  saiznya besar melebihi telur gred A. Ada beberapa ciri lagi yang menguatkan dakwaan CAP bahawa telur berkenaan adalah tiruan.  CAP membuat dakwaan tersebut berdasarkan telur yang didapati terjual di sebuah pasar di Pulau Pinang.

Lanjutan dakwaan tersebut Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menjalankan ujian ke atas sampel telur berkenaan. Berdasarkan siri ujian yang dibuat pihak JPH memutuskan kesemua telur yang diuji adalah telur asli. Maknanya tidak wujud telur tiruan seperti mana yang didakwa.

Adakah keputusan tersebut menamatkan sensasi mengenai wujud telur turuan? Kita tunggu dulu rentetan telur asli vs telur tiruan. 

Pelamin majlis perkahwinan Dewan Sri Pulai

(kenduri kahwin perlu banyak bunga telur – telur asli ke tiruan?)

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: