Telur asli vs telur tiruan

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)  telah memberi beberapa fakta dalam menguatkan kesimpulan mempertahan telur asli dan menolak kewujudan telur tiruan. Menurut JPV ada beberapa fakta yang dikenal pasti membezakan telur tulen berbanding telur tiruan;

Ciri kualiti telur tulen:

(1) Ruang udara di cengkerang telur antara 1.0 – 1.5 cm lebar (2) Kuning telur terletak kukuh di tengah telur. (3) Putih telur (albumin) tiada warna. (4) Cengkerang telur mempunyai liang udara yang jelas. (5) Warna telut tulen adalah seragam iaitu coklat keperangan, manakala telur daripada ayam baka berwarna lebih cerah. (6) Saiz telur besar mungkin telur yang mempunyai dua biji kuning yang dihasilkan oleh ayam baka.

Kaedah mengenal pasti telur tiruan:

(1) Telur kuning dan putih mudah bercampur bersama apabila dipecahkan. (2) Cengkerang kelihatan sedikit bersinar daripada telur tulen. (3) Kulit cengkerang sedikit kasar daripada tulen. (4) Apabila digoncang mengeluarkan bunyi kerana kandungan airnya. (5) Tiada bau, manakala telur tulen akan berbau seperti hanyir. (6) Kulit cengkerang yang lebih padat, tiada bunyi apabila dijentik. (7) Apabila digoreng, telur kuning akan tersebar bersama dengan putih telur walaupun tanpa disentuh.

Ada cara dalam membuat perbandingan tu maknanya memang ada telur yang tiruan ke? 

Pelamin majlis persandingan Bandar Tasik Puteri

Pelamin mesti dihiasi dengan bunga telur ….

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: