Piramid Firaun Kerajaan Tua Mesir

Pengkesahan mengenai Firaun, Piramid, dan Nabi Musa terus diceritakan melalui berbagai media. Akhir-akhir ini pun beberapa buah buku dalam bahasa Melayu telah diterbitkan mengenainya. Sebuah buku berjudul “Misteri FiraunMusuh Para Nabi” tulisan Afareez Abd Razak Al-Hafiz telah diterbitkan oleh Penerbit PTS. Buku tersebut menyingkap misteri peradaban tamadun paling berpengaruh sepanjang zaman.

Berikut adalah petikan beberapa fakta yang dimuatkan dalam buku tersebut. Dimulai dengan perbincangan tentang Kerajaan Tua Mesir (2980-2475 SM). Kerajaan tua terdiri dari beberapa orang pemerintah (atau Firaun) iaitu Raja Narmer, Raja Djoser (atau Zoser), Raja Sneferu, Raja Khufu, Raja Khafre, dan Raja Menkaure. Mari kita lihat apa ceritanya mengenai dua raja yang awal – Raja Narmer dan Raja Djoser.

Pada zaman Raja Narmer mayat ditanam dalam lubang padang pasir. Kubur itu kemudian ditutup dengan membina ‘mastabah’.

Pada zaman Raja Djoser (300 ke 400 tahun selepas zaman Raja Narmer) mayat diletak di piramid. Piramid tersebut dibentuk oleh beberapa lapisan mastabah. Binaan tersebut dipanggil juga sebagai piramid tangga. Kesan piramid tangga ini boleh ditemui di Saqarra (jarak 35 km dari Cairo).

Baca tentang Raja Narmer di wikipedia dan kingtutshop. Baca tentang Firaun Djoser dan Piramid Saqarra di wikipedia dan oddysey.

Baca artikel “New light on King Narmer and the Protoynastic Eyptian presence in Canaan di sini; dan Tesis MA “The carved slate palletes of late pre-dynastic Egypt” (di sini). 

Tasik Merah, Krian dilihat dari Bukit Merah Lake Town Resorts

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: