Kita tinggalkan dulu polemik Mat Sabu dan Mat Indera. Cerita mereka tu belum habis lagi. Masih dibincang orang di merata tempat. Kita pergi pula ke suatu tempat baru. Nama tempat tu ialah Kampung Sungai Sam yang terletak di Kuala Kerai. Apa yang ada kat situ? Penduduk kampung marah kerana tanah mereka seluas 200 hektar telah dijual oleh kerajaan kepada syarikat luar. Menurut berita seramai 178 peneroka asal di Kampung tersebut berdemonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka mendakwa telah meneroka tanah di situ sejak tahun 1985. Tanaman getah mereka telah diganti oleh syarikat berkenaan dengan tanaman gaharu. Apa benar begitu?
Sebuah Masjid di Pekan Kuala Kerai
– – – – –
Baca entri mengenai trip geologi ukm ke sekitar kuala kerai termasuk sungai sam – rockaholich; kampung sungai sam pernah memenagi anugerah kampung terbaik negeri kelantan tahun 1994 – tripod
Leave a Reply