Dampak Kej Genetik

Bidang bioteknologi telah berjalan seiring dengan kewujudan kejuruteraan genetik. Banyak sumbangan positif yang datang dari kejuruteraan genetik. Memang itulah yang diharapkan dari apa saja bidang sains dan teknologi. Namun di sebalik perlumbaan mencipta suatu yang inovasi turut datang bersamanya beberapa perkara negatif. Ia mungkin tidak disengajakan dan mungkin juga suatu yang tidak dapat dielak.

Ancaman yang wujud berlaku kerana proses dalam kejuruteraan genetik memerlukan bantuan virus tertentu. Penggunaan virus tersebut turut menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta mengakibatkan wabak penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya ada tiga wabak besar yang telah menjadi ancaman besar kepada manusia sejagat berpunca dari kajian kejuruteraan genetik . Pertama ialah kes wabak kolera yang menyerang India pada 1992. Kes kedua ialah wabak kuman streptococcus di Tayside, Scotland pada 1993. Kes ketiga ialah wabak kuman E. coli 157 yang juga dikesan berlaku di Scotland pada 1996. Wabak tersebut mengakibatkan seramai 21 warga tua meninggal dunia setelah memakan pie daging dari sebuah kedai daging di Wishaw, Lanarkshire Scotland – baca bbc.

Baca artikel “Sowing diseases – new and old: Genetic engineering and the world health crisis” – klik third world network. Artikel jurnal “Gene technology and gene ecology of infectious diseases” terbit pada 1998 – klik biotech.

Hospital Columbia Asia, Taiping

– – – – –


%d bloggers like this: