Jom Masuk-U dan Merokok

Semalam telah diadakan program promosi Jom Masuk-U anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Bangunan Persada. Ramai sekali murid sekolah yang hadir. Berderet bas sekolah yang digunakan untuk mengangkut mereka datang. Ironinya mereka tu masih berada di tingkatan bawah yang bukan pun calun untuk memohon masuk ke IPTA. Tapi bagus jugalah sekurang-kurangnya moga ada motivasi untuk belajar bersungguh setelah melawat program Jom Masuk-U.

Tetapi sungguh kesal pula melihat telatah sebahagian murid sekolah yang datang dan selepas habis lawatan mereka segera berada di kompleks beli-belah berdekatan. Kalau mereka datang nak berehat sambil makan dan minum tak apalah juga. Namun apa yang berlaku ialah mereka berkumpul sambil merokok beramai-ramai. Tanpa segan silu pula tu merokok ketika masih berpakaian uniform sekolah. Itulah namanya Jom Masuk-U dan merokok.

Sebuah binan batuan

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: