Asal Perkataan Tasauf

Dalam kuliah Maghrib sebentar tadi ustaz yang mengajar menyentuh sedikit mengenai topik  tasauf. Beliau menyebut mengenai perlunya mempelajari tasauf sekali pun ia agak berat berbanding topik lain. Namun tasauf berperanan melengkapi pengetahuan di samping tajuk akidah, syariat dan akhlak. Pertamanya eloklah dilihat tentang asal usul perkataan tasauf. Menurut sebuah kitab ada enam kemungkinan asal-usul perkataan tasauf seperti mana berikut;

1. Di ambil dari Ibn Sauf iaitu nama gelar seorang anak Arab yang sali dan selalu beriktikaf dekat Kaabah sebelum kedatangan Islam.

2. Berasal dari perkataan sufah iaitu surat ijazah orang yang naik haji

3. Dari perkataan safa bererti bersih dan suci.

4. Berasal dari sophia iaitu perkataan Yunani bermaksud hikmah atau falsafah.

5. Diambil dari perkataan Suffah iaitu nama satu ruang di Masjid Madinah tempat Nabi Muhammad saw menyampaikan kuliah kepada para sahabat.

6. Dari perkataan suf yang bererti bulu kambing yang menjadi pakaian kebiasaan para sufi. Nama keenam inilah yang agak masyur di terima oleh ramai.

 Sebuah signage menunjukkan peta lokasi menarik Fisherman Wharf

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: