Bauksit Kuantan

Isu bauksit di Kuantan memang telah mendapat perhatian umum. Kemusnahan alam sekitar memang ketara sekali. Ia telah berjalan sekian lama dan pelik juga kenapa boleh dibiarkan berlarutan tanpa kawalan. Berita yang dipaparkan hanya sekadar menunjukkan bagaimana keadaan sekitar Kuantan termasuk kawasan tepi pantai dan laut berdekatan pelabuhan. Tidak banyak berita yang cuba menyebut pihak manakah yang giat mengusahakan perlombongan bauksit tersebut.

Akhbar Star dalam seksyen bisnes pada 11 Januari dalam laporannya menyebut nama syarikat yang terlibat dalam perusahaan bauksit Kuantan. Dua sWZ Satu Bhd dan Asdion Bhd – kedua-duanya tersenarai di Bursa Malaysia. Asdion mendapat kontrak Rm414 juta untuk membekal bauksit ke Hong Kong tempoh dua tahun bermula Julai tahun lalu. WZ Satu melaporkan telah mencatat perolehan Rm10 juta melalui bauksit. WZ Satu selanjutnya mendapat kelulusan untuk melombong lapan bukit dengan keluasan 66 hektar selama tiga tahun.

Turut disebut ialah Tanah Makmur Bhd yang telah memperolehi Rm 92 juta melalui bauksit. Tanah Makmur merupakan pemilik tanah kawasa bauksit yang dikatakan mengandungi 800,000 tan bauksit.

— – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: