Tokoh Cendekiawan Andalusia Ibnu Bajjah (1095-1138)

Ibnu Bajjah lahir pada 1095 di kota Saragossa, Sepanyol. Nama sebenar beliau Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin Al-Sayigh. Di kalangan pengkaji Barat beliau dikenali dengan panggilam Avempace. Ibnu Bajjah merupakan tokoh filosofi yang terkenal. Ketokohan beliau adalah sebaris dengan ahli falsafah seperti Al-Kindi, Al-Farabi (872-951) dan Ibnu Sina. Ibnu Bajjah juga adalah guru kepada Ibnu Rusyd. Turut menjadi anak murid beliau adalah Ibnu Al-Imam dan Musa bin Maimoon (cerdik pandai berbangsa Yahudi).

Selain terkenal sebagai ahli falsafah Ibnu Bajjah juga menguasai bidang astronomi dan fizik. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli botani. Ibnu Bajjah telah menulis Kitab Al-Nabat iaitu sebuah buku mengenai tumbuh-tumbuhan.

Ibnu Bajjah pernah menjadi vizier kepada pemerintah Murabitun, Amir Abu Bakar bin Ibrahim. Beliau kemudiannya menjadi vizier kepada Amir Yahya bin Yusuf bin Tasyin.

Ibnu Bajjah meninggal dunia pada tahun 1138 di Fez, Morocco, ketika usia masih muda 43 tahun. Menurut sesetengah ahli sejarah, Ibnu Bajjah meninggal dunia akibat diracun oleh musuh-musuhnya. Mereka memusuhi Ibnu Bajjah kerana menerima layanan baik pemimpin Murabitun.

Ibnu Bajjah (source sinar harian)

Baca “Kenali Ibnu Bajjah: pencetus asal konsep masyarakat madani”. Link – sinarharian 2020.

Baca juga “Avempace”. Link – science faith.

Baca tesis “The political foundations of Ibn Bajjah’s governance of the solitary”. U of Maryland 2008. Link – umd.

Baca juga tesis yang ada kaitan M’sia – link netherland.

– – – – –

Leave a comment